Reformasi

09:58:00

Hye Blogger,

Panas nya malam ni. Tapi Alhamdulillah petang tadi sempat hujan walaupun sekejap. Perubahan cuaca sama macam diri manusia.

Pejam celik, dah nak setahun aku kerja dalam bidang aku study selama ni. Dan muncul orang baru dalam hidup aku. Life aku tak macam orang lain. Sentiasa ada tuah. Tapi hidup aku, selalu bergantung pada nasib dan ihsan orang lain. Aku tak minta semua tu. Tapi mungkin itu ketentuan dan takdir Allah.

Dalam Surah Ar-Rad:11 ada mengatakan“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka"

Aku cuba berubah, dan aku nak berubah. Usaha dan tindakan tu yang aku perlu ada. Dorongan dan semangat tu aku perlu ada untuk capai apa yang aku nak. Manusia tak semua dilahirkan beruntung. Allah tak kan bagi sesuatu Ujian tu kalau kau tak mampu untuk tampung beban tu.

Kali ni, Jiwa aku kosong. 

Aku tak tahu kenapa semua ni jadi dalam hidup aku. Betul-betul Allah nak uji. Aku tak tahu nak cakap apa, Aku down. Aku tak tahu macam mana aku nak hadap semua tu nanti. Makin hari, makin bedebar aku rasa. Ya Allah, Jika itu yang terbaik untuk diri aku. Jauhkan aku dari segala keberangkalian yang akan aku hadapi nanti. 

In Shaa Allah. Tiada Kenikmatan kecuali selepas keperitan. 

Bye.

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Photo